BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 15 Julai 2011

TERIMA KASIH KEPADA PENAJA PASUKAN TTJ FC KE SWEDEN

Jutaan TERIMA KASIH ditujukan kepada semua pihak yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada pasukan TTJ FC untuk menyertaikan Kejohanan Piala Gothia 2011 di Gothenburg, Sweden pada 16 hingga 25 Julai 2011. Tugas mencari penaja bagi pasukan TTJ FC bermula sejak dari bulan April 2011 dan syukur beberapa syarikat yang bermurah hati dan sudi memberikan sumbangan kepada pasukan TTJ FC. Kesempatan ini kami ambil untuk memberikan ucapan penghargaan terhadap mereka keranan sumbangan yang diberikan membawa erti yang cukup besar kepada pasukan kami terutama PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar yang sangat menyokong segala usaha kami. Tidak dilupakan, YB Tuan Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau yang telah menghulurkan sumbangan peribadi beliau kepada pasukan TTJ FC. Terima kasih YB, semoga Allah SWT akan membalas segala kebaikan yang diberikan kepada kami.

Sumbangan dari Lembaga Kraftangan Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan berupa 100 unit potpouri sebagai cenderahati untuk diberikan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.




6 Julai 2011 - Pengurus Pasukan TTJ FC, Pn. Moganambal dan Pn Yusrina Hanim telah pergi ke Active Ad di Shah Alam, Selangor untuk mengambil sumbangan berupa 1 karton Milo 3 in 1 dan 100 helai t-shirt MILO. Sumbangan dari NESTLE ini adalah atas inisiatif dan kerjasama dari YM Tengku Ellie Badariah bt Tunku Ahamd selaku Naib Presiden Persatuan  Bola Sepak Wanita Negeri Sembilan.







T-shirt, seluar track, bag pack bersama wind braker berlogo Negeri Sembilan untuk 16 orang pemain TTJ FC, pengurus dan jurulatih daripada SKF Bearing Sdn Bhd, Nilai dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.




Urusan pembelian barang makanan dan beberapa keperluan sampingan seperti losyen, pelembap bibir, ubat-ubatan, periuk dan cerek elektrik, pinggan dan mangkuk serta beberapa barang keperluan yang lain diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurusan Pasukan.





Kerja-kerja membungkus segala keperluan ke dalam kotak dilakukan sehari sebelum TTJ FC berlepas ke Sweden. Terima kasih kepada seluruh warga SMK Taman Tuanku Jaafar yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami.






Terima kasih daun keladi, segala sumbangan anda amat kami hargai....

TERIMA KASIH SEMUA....


0 ulasan: