BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 10 Julai 2011

PRA KARNIVAL BOLA SEPAK REMAJA PEREMPUAN

AHAD, 10 JULAI 2011 - Berlangsung perlawanan persahabatan buat kali yang seterusnya bagi pasukan bola sepak remaja perempuan. Perlawanan dijalankan di padang awam berhadapan SMK Kompleks KLIA dan disertai oleh 4 buah pasukan bola sepak remaja perempuan dibawah Program Akak Umbi FAM dan turut disertaikan 3 buah pasukan bola sepak perempuan dari kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Selain perlawanan bagi pasukan bawah umur 16 tahun, ia turut melibatkan perlawanan bagi pasukan sekolah rendah bawah 12 tahun. Pasukan dari SMK Taman Tuanku Jaafar berlepas ke padang perlawanan dengan berkongsi bas bersama pelajar dari SJK ( T ) Ladang Seremban.

Perlawanan ini merupakan antara latihan pemanas badan bagi pasukan TTJ FC yang akan berlepas ke Sweden dalam tempoh tidak sampai satu minggu lagi. Pasukan TTJ FC yang hadir seramai 18 orang telah dipecahkan kepada 2 kumpulan di mana kesebelasan utama pasukan telah ditetapkan dalam Pasukan TTJ FC manakala 4 orang pemain lagi dikumpulkan bersama pasukan yang lain untuk bergabung membentuk pasukan campuran yang baru. Ketibaan pasukan dari KL dan Selangor membuatkan pasukan TTJ FC terasa sedikit gentar memandangkan saiz tubuh badan yang lebih besar. Namun, Pengurus Pasukan telah memberikan sokongan dan meyakinkan pasukan TTJ FC supaya tidak merasa takut dan terus menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan. Pasukan dari SMK (P) Sri Aman, KL turut memiliki seorang pemain hebat yang telah mewakili Malaysia ke Program Pertukaran Pelajar Bola Sepak ke USA bersama Priya a/p Marappan pada bulan Jun yang lepas.

Alhadulillah, di akhir perlawanan, pasukan SMKTTJ sekali lagi unggul untuk bergelar juara dengan menewaskan pasukan lawan dengan keputusan seperti berikut :

SMKTTJ vs SMK (P) Bukit Bandaraya KL mix SMK Subang Jaya 1-0

SMKTTJ vs Kompleks KLIA 1-0

 SMKTTJ vs SMK (P) Sri Aman, KL 2-0

Malah, pasukan dari SMK (P) Sri Aman memohon untuk menarik diri dari meneruskan perlawanan di pusingan kedua. Ini kerana berlaku disebabkan berlakunya kecederaan pada ramai pemain dan kebanyakan pemain kelihatan kehilangan tenaga untuk meneruskan permainan. Di akhir perlawanan ini jelas kelihatan kemesraan yang cukup erat di kalangan pasukan TTJ FC dengan pasukan dari SMK (P ) Sri Aman, KL memandangkan mereka pernah bersama ketika menghadiri karnival bola sepak peringkat Kebangsaan yang berlangsung tahun lepas. Malah, dalam pada pasukan TTJ FC yang gerun dengan kemunculan pertama pasukan Sri Aman, rupa-rupanya pasukan TTJ FC juga digeruni oleh pasukan lawan yang bertandang dan disebut-sebut sebagai pasukan yang akan mewakili negara ke Sweden.































0 ulasan: