RABU, 13 JULAI 2011 - Bertempat di Balai Konferensi SMK Taman Tuanku Jaafar telah berlangsungnya taklimat terakhir untuk pasukan TTJ FC yang akan berangkat untuk menyertai Kejohanan Piala Gothia 2011 di Gothenburg, Sweden pada hujung minggu ini. Taklimat disampaikan oleh En. Aminudin bin Kamarudin selaku pegawai dari SKF yang bertanggungjawab besar memastikan urusan penerbangan dan perjalanan ke Sweden dapat berjalan dengan lancar dan tidak timbul sebarang masalah. Taklimat turut dihadiri oleh ibu bapa kepada para pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta 16 orang pemain yang terlibat.
Debaran semakin dirasakan kerana masa untuk berlepas ke Sweden semakin hampir. Senarai barangan dan keperluan yang perlu dibawa dibincangkan secara terperinci termasuk masalah pertukaran wang, pakaian sejuk dan bekalan makanan yang perlu dibawa ke sana. Soalan demi soalan diajukan oleh ibu bapa dan penjaga, jelas wujud kebimbangan dan kerisauan para ibu bapa untuk melepas anak-anak gadis jauh dari mata menguruskan kehidupan sendiri. Namun, dengan pelbagai informasi dan jaminan keselamatan yang diberikan ternyata para ibu bapa dan pemain cukup berpuas hati. Taklimat berakhir sekitar jam 6.30 petang.
0 ulasan:
Catat Ulasan