Akhirnya, masa yang dinanti telah tiba.. tarikh 16 Julai 2011 menyaksikan seramai 16 orang pemain bola sepak perempuan SMKTTJ berangkat meninggalkan tanahair demi memperjuangkan dan memartabatkan permainan bola sepak perempuan di peringkat antarabangsa. Seawal jam 4.00 petang, perkarangan sekolah mula dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan kaum keluarga yang datang menghantar anak-anak mereka. Malah GPK Akademik, En. Akashah dan GPK Kokurikulum, Pn Zainab turut hadir mengucapkan selamat jalan kepada kontijen SMKTTJ. Jam 5 petang, bas dari Unit Kokurikulum JPNS yang membawa kontijen ini mula berlepas ke KLIA dan tiba di KLIA pada jam 6.10 petang.
Kontijen ini diketuai oleh En. Aminudin dari SKF Bearing Sdn. Bhd, Pn. Nor Aishah Ghani dari Unit Sukan JPNS, Pn. M. Moganambal selaku Pengurus Pasukan dan En. Smith M.Ampuling dari FAM selaku jurulatih. Setelah melalui proses pendaftaran masuk, para pelajar dilepaskan seketika untuk bersama-sama keluarga. Terasa kemeriahan sepanjang berada di KLIA ini dimana seluruh kontijen dikelilingi oleh kaum keluarga dan Tuan Pengetua SMKTTJ turut hadir memberi sokongan.Ternyata, pelajar-pelajar ini telah menarik perhatian sekalian petugas-petugas serta orang ramai di KLIA dan turut menerima ucapan selamat dari orang ramai. Sebelum bertolak, kontijen telah diberikan taklimat oleh En. Amin dan pesanan berupa nasihat dan kata semangat dari Tuan Pengetua, malah beliau turut membacakan doa semoga perjalanan pergi dan pulang kontijen ini dalam keadaan baik dan selamat serta dapat menghadapi perlawanan dengan tenang.
Jam 8.00 malam, waktu untuk melepaskan kontijen SMKTTJ untuk ke balai perlepasan.. suasana sayu dan hiba apabila ada dikalangan pelajar-pelajar yang menitiskan air mata kerana terpaksa berpisah meninggalkan keluarga buat seketika. Memandangkan ini adalah kali pertama mereka berjauhan dan meninggalkan negara, pastinya detik ini sangat dirasakan kesedihannya. Penerbangan kontijen SMKTTJ akan melalui beberapa buah negara iaitu Bangkok Thailand dan Frankfurt, Jerman sebelum mendarat di Gothernburg, Sweden yang dijangka tiba pada jam 1.30ptg / 17.7.2011 ( waktu malaysia 7.30mlm/ 17.7.2011 )..
SELAMAT BERJUANG TTJ FC.... !!!
0 ulasan:
Catat Ulasan