BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 18 Jun 2011

SUNTIKAN H1N1 & TAKLIMAT PENJAGAAN KESIHATAN


JUMAAT, 27 MEI 2011 - Di hari terakhir persekolahan, sebelum bermulanya cuti sekolah penggal pertama, SMKTTJ telah menerima kunjungan dari Doktor Helmi dan 2 orang jururawat dari Klinik Pakar Sukhilmi, Senawang. Kunjungan mereka adalah bertujuan untuk memberi sumbangan suntikan pencegahan H1N1 secara PERCUMA kepada 16 orang pemain Bola Sepak Remaja Perempuan yang akan ke Sweden pada 16 Julai 2011 nanti. Suntikan ini merupakan satu langkah pencegahan kepada jangkitan penyakit H1N1 dan disarankan diambil bagi mengelakkan jangkitan penyakit terutama apabila berada di negara yang sejuk. Krew Lensa merasa begitu terharu dengan khidmat sosial yang telah diberikan oleh doktor dan para jururawat kepada pemain sekolah memandangkan kos sebenar suntikan ini adalah RM60 seorang dan antivirus ini dapat bertahan sehingga tempoh 1 tahun.

Krew Lensa sempat merakam aksi-aksi sepanjang sesi ini berlangsung :

Dr. Sukhilmi
Jururawat : Pn. Aida dan Pn. Filzah


Tuan Pengetua sentiasa hadir memberi sokongan...

Guru-guru yang turut hadir memastikan program berjalan lancar...

Sesi suntikan bermula......



Antara aksi-aksi pelajar ketika mendapat suntikan......












Selesai sesi suntikan, agenda diteruskan dengan sesi taklimat penjagaan kebersihan diri dan kesihatan oleh Pn. Filzah. Memandangkan pelajar-pelajar ini akan berada di negara yang sejuk yang cukup berbeza dengan suhu di negara ini, maka penjagaan kesihatan dan kebersihan peribadi perlu dititikberatkan supaya mereka dapat menjaga diri dengan baik.






Krew Lensa mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan TERIMA KASIH buat pasukan perubatan dari KLINIK PAKAR SUKHILMI, SENAWANG di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pasukan Bola Sepak Remaja Perempuan SMKTTJ..


Krew Lensa turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT JALAN
 kepada PRIYA A/P MARAPPAN yang telah terpilih mewakili MALAYSIA ke US ( New York, Washington dan New Jersey ) dalam Program ' Women's World Cup Global Sports Visitor' pada 31 Mei 2011 ini. Semoga beliau dapat mengharumkan nama negara dan menimba sebanyak mungkin pengalaman yang ada.

0 ulasan: