BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 12 Jun 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN & JERSI BARU

AHAD - 10 APRIL 2011 : Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Remaja Perempuan berlangsung di SMK Bukit Kepayang, Seremban 2.. selain pasukan dari SMK Taman Tuanku Jaafar, SMK Seremban 2, SMK Bukit Kepayang dan SMK Kompleks KLIA, perlawanan kali ini turut disertai oleh pasukan dari Majlis Peguam Malaysia..

Keputusan perlawanan hari ini dimenangi oleh pasukan dari SMK Taman Tuanku Jaafar apabila dapat menewaskan semua pasukan yang bertanding termasuk menewaskan pasukan Majlis Peguan Malaysia dengan jaringan 2 - 1.




Keringan pasukan SMK Taman Tuanku Jaafar lebih diserikan dengan kehadiran buat kali pertama Pengetua SMKTTJ yang baru, Tuan Omar bin Ahmad.. memandangkan beliau merupakan seorang individu yang tidak asing lagi dari dunia bola sepak, sekaligus ternyata kehadiran beliau dapat menyuntik semangat pemain-pemain untuk terus mempamerkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan... Paling menarik, pasukan ini bakal menerima jersi baru khas untuk pasukan bola sepak perempuan.. ini bermakna kami tidak perlu lagi pinjam meminjam jersi kerana kami sudah ada jersi kami sendiri...




0 ulasan: